Monday, October 06, 2008
Bidor oh bidorrrr

Setiap kali musim raya atau perayaan bandor Bidor ni tentu sesak.... simpang tiga ke Teluk Intan dan juga Simpang ke Lebuhraya dekat retoren KFC tu selalunya sesak. Ini mungkin disebabkan ramai yg mula memerlahankan kereta masa tiba dekat org jual jambu atau petai.... Harga ? ....aduh mahalnya ...jambu air merah dari Taiwan atau Siam pasti naik sampai RM12/kg..... Jambu Tak ada biji RM6/kg .... mahal pun orang beli..... kaum cina yg beli tak kira harga sebab pendapatan mereka besar ...... salah satu sebab jem adalah Restoren Pun Chan ..... ini tempat kaum cina singgah makan sambil beli biskut ayam yg terkenal tu.....

Tapi masaalah jem ini tak akan berlarutan..... abah tengok kat Jeram Mengkuang satu jalan pintas sedang di bina...... bila nak siap ? entahlah abah tak tau..... bila siap jalan pintas ni...berkuranglah org singgah di Bidor....mungkin perniaga buah akan merosot perniagaanya....mereka kena cepat mencari tapak baru di Sungkai...kerana  sungkai pula jadi laluan masuk yg penting.....

Apa kesanya pada org Melayu Bidor.....yg pasti ade kesan pada kaum cina yg rajin berniaga di Bidor....

ini gambar abah shoot kad Pangkor masa burung ni tengah makan waktu senja..... cantik tak.....



Posted at 05:09 pm by dedaunhijau
Make a comment  

Tuesday, September 16, 2008
Teringin nak menulis semula

Aduh...entah mengapa hari ini teringin nak menulis semula...padahal menulis nilah yg paling aku malas.....
mungkin banyak isi hati ku yg terpendam tak dapat diluahkan....
aku cukup minat ber Fotopages.....tapi aku tidak bebas disana sebab aku dah set kan.....diri ku.....

mungkin disini bleh aku curahkan sedikit pandangan ku.....








Posted at 11:12 am by dedaunhijau
Make a comment  

Wednesday, July 16, 2008
Lamanya tak update...hahahahahaha

Lama betui tak update ........dah setahun lebih....sebenarnya dedaun sebok dgn fotopages.... seronok plak kad sana.....



Posted at 11:40 am by dedaunhijau
Make a comment  

Wednesday, May 16, 2007
Zam Toke Ikan Bidor

Zam ...... siapa yg tak kenal?

Setiap hari itu lah posisi Zam Tokey ikan ini. Dia tengah menyiang ikan le tu. Dulu aku tak pernah kenal zam ni. Aku selalu beli ikan dari man kelantan dan juga Din Imam. Aku selalu tengok dari jauh aje zam ni. Tapi satu hari tangannya luka , teruk juga lukanya dan lepas tu tiba-tiba isterinya ajak kami ke rumahnya ada doa selamat dan terkejut aku bahawa Zam sebenarnya suami uztazah Murni dan tinggal dlm kampung aku. Sejak tu setiap pagi aku akan pergi kegerainya dulu sebelam kegerai lain.  Harga Ikannya berpatutan tapi yg penting dia org kampung Dato' Kamaruddin. Satu lagi kalau nak tau berita terkini , zam...lah pemberitanya sebab ramai org melayu beli ikan darinya.

Terfikir aku bahawa Zam sebenarnya boleh dijadikan tempat Iklan kerana ramai pelangannya. mungkin satu hari nanti .....

 


Posted at 03:54 pm by dedaunhijau
Make a comment  

Wednesday, May 09, 2007
Chendol Rosli

Sedap....nak cuba ?

Sedap cendolnya . cuba le dulu. Rosly nama tokenya, dulu aku kenal dia sebagai toke lori, mungkin dia dah letih bawa lori kot dia beralih kepada cendol pula. Sekarang dia berniaga dekat sebelah klinik rakyat dekan stesen bas Bidor. Ramai pelangannya lagi-lagi sekarang musim panas. Kami kalau beli dah pasti paling kurang 7 bungkus. Rosly ni senang kira dulu kami panggil di kesurau kami ketika Sambutan Maulidul Rasul. Habis satu kampong pekena cendol dia. Kalau nak rasa bila lalu Bidor tu carilah dia dekat stesen bas.


Posted at 01:10 am by dedaunhijau
Make a comment  

Tuesday, May 08, 2007
Jutawan Senyap

Jutawan Bidor

Tahu kah anda ramai jutawan senyap ?

Seorang berpangkat ADO di Pejabat Daerah bergaji lebih kurang RM 3,500 . Pakai tai dan kesana kemari mesyuarat di Hotel-hotel besar. Alangkah bahagia nya jadi ADO ditambah rakyat memanggil Tuan dan mempunyai kuasa dan ada kereta mewah. 

Tapi tahukah anda seorang penjual air kacang soya di Bidor berpendapatan lebih dari RM 3,500 sebulan.  Bagitu juga pakcik yg menjual pisang goreng ini. Walaupun mereka ini berpendapatan besar yg semestinya lebih dari pendapatan seorang kerani di pejabat tapi mereka ini dilihat oleh org melayu sebagai miskin.  Syabas mereka ini kerana berani berniaga dan keluar dari kepompong melayu yg lebih merasakan mulia jika bekerja makan gaji dengan kerajaan. Melayu suka jadi tuan walaupun poket kosong, kata org perak " Biar pape asalkan bergaye"

Tapi jutawan senyap ini  terus tidak glamor dan hidup sederhana. Kalau bangsa India sinonim dgn perniagaan kedai runcit, gerai makan mamak, tukang gunting dan lain-lain lagi. Cina tok sah nak cerita le....Tapi kita terus tertinggal kebelakang sebab ramai yg selesa duduk dalam kepompongnya.


Posted at 11:50 pm by dedaunhijau
Make a comment  

Wednesday, March 28, 2007
Sembahyang Asar

Waktu Asar

Waktu sembahyang asar adalah waktu yg paling sedikit org sembahyang berjamaah disurau. Hampir semua surau rasanya bagitu. Tapi disurau Kg Dato kamaruddin kekurangan jemaah ditampong oleh pelajar-pelajar dari SRAR yg disebelahnya. Memang semasa permohonan surau dulu pun salah satu alasan permohonan ialah utk memberi tempat sembahyang asar bagi sekolah tersebut. Nampaknya janji pemohon telah dilaksanakan dan sekarang setiap asar semua pelajar akan bersembahyang disurau termasuklah ustazahnya sekali.

 


Posted at 09:25 am by dedaunhijau
Make a comment  

Saturday, February 24, 2007
Siapa yg akan mengubah nasib mereka?

 

Senyum kanak-kanak ini adalah senyum ikhlas yg tidak tahu apa akan jadi bila mereka besar nanti?


Posted at 09:31 am by dedaunhijau
Make a comment  

Friday, February 23, 2007
Kuliah Mingguan

 

Kuliah mengaji agama disurau.

Memang banyak manusia banyak ragamnya. Nak memilih guru mengaji pun jadi banyak isu. Rupanya ramai yg ada agenda disebalik pemilihan guru. Ada yg hendak guru berdasarkan faham politik mereka dan adanya yang betul-betul nak mendengar pengajian jadi nakkan guru yg mengajar tak mencampurkan fahaman politik.


Posted at 03:36 pm by dedaunhijau
Make a comment  

Monday, December 25, 2006
Santan





Di Pasar bidor ada 2 kedai menjual santan,
Salah satunya kepunyaan Zaidi dan dibantu oelh Halim. Santannya putih , bersih dan harganya berpatutan. Dalam gambar diatas ini ialah gambar Halim. Halim ini cukup rajin, masa dedaun kenal dia dulu dia berkerja berniaga ayam tapi sekarang dah berniaga santan pula. Org melayu memang tak pernah lekang dgn santan. Jadi perniagaan ini  tak akan pupus selagi org melayu makan.

Posted at 11:45 am by dedaunhijau
Make a comment  

Next Page
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Dedaunhijau Link www.hadiahhalwa.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed